Wednesday, July 25

OH MUHRIM KU....




BATAS AURAT: SIAPAKAH MUHRIM??

Sambil menggaru kepala, Zeti mengibas kembali...dan berfikir... "Selama ni memang selalu bersalam...kalau jumpa kat kampung pun dia datang aku tak pakai tudung pun... kalau pakai macam pelik je selama ni dia datang aku tak kisah pun tudung ...sedare sendiri.....    keluar rumah ke shopping complex ke mana mana ke aku memang pakai tudung...... tapi ustaz dah banyak kali cerita.... azam ramadhan ni kena ada perubahan....bukan aku tahu mati bila...dok tangguh tangguh nak tutup aurat yg sebetulnya...Ya Allah bantulah diriku dan mereka yang sepertiku"....

 mungkin ramai yang menghadapi situasi begini... Mai kita tengok kupasan Surah An Nuur..

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 sesungguhnya::

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Oleh itu melalui ayat di atas jelas diterangkan siapakah yang tergolong dalam muhrim bg seorang wanita iaitu disenaraikan , bila muhrim maka aurat seperti berpakaian tutup aurat(tapi perlu sopan) dan tudung tidak ke atas muhrim muhrim ini:

1. suami
2. bapa
3. Bapa mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami (anak tiri)
6. saudara lelaki (adik beradik lelaki)
7.Anak dari saudara lelaki atau saudara wanita (anak saudara/anak buah- maksudnya anak dari adik beradik)
8. hamba yang dimiliki (zaman skrang tiada lg.)
9. Pembantu (lelaki yg tdak mmpunyai keinginan thadap wnita iaitu lelaki yg lmah akal, bingung, lelaki kasim(alat sulit dpotong) dan yg tdak mmpunyai syawat pd wanita)
10. Anak-anak (atau kanak2 kecil yg belum mngerti tentang aurat wanita, ..iaitu anak yg tlalu kcil)
11.saudara lelaki susuan.
12.bapa saudara dari sebelah bapa mahupun ibu..


Kesilapan umum yg wanita selalu menyangkakan lelaki yg bkan muhrim sebagai muhrimnya kerana dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat kepada mereka iaitu:
1. sepupu lelaki
2. suami kepada ibu saudara
3. abg ipar
5. adik ipar
6. sahabat mara atau saudara mara yang kenal dr kecil, sekampung , dan seangkatan ...

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al A'raaf; Ayat 26

 sumber blog nurmawaddahmahdiyah


 



0 sweet comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com