bismillah

Friday, July 23

..BOLEH KE BerSALAMan ...


 Lelaki bersalaman dengan wanita

Amalan kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi ialah satu amalan mulia. Namun dalam menghubungkan tali silaturahim ini, masih ramai yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan adab-adab Islam terutama berkaitan batas-batas hubungan antara lelaki dan wanita. Walaupun kita digalakkan merapatkan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasnya. Salah satunya ialah hukum ajnabi. Ramai dikalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salaman antara sepupu lelaki dan wanita atau seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya termasuk dalam hukum larangan bersalaman lelaki dengan wanita ajnabi. Umaimah pernah berkata ” Kami berkata bahawa Allah dan rasulNya lebih mengasihi kami daripada diri kami. Ayuhlah kami ingin berbaiah denganmu wahai Rasulullah”.
Lalu rasulullah menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Sesungguhnya perkataanku kepada seratus wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita”
 sumber:  http://tazkirah.wordpress.com

Wednesday, July 7

KARNIVAL WMC DI STADIUM BUKIT JALIL


Salam to all...... 99 rasa telah terlibat dalam jualan karnival wmc di dataran Stadium Bukit Jalil yang telah berlangsung selama dua hari bermula 26 dan 27 Jun 2010, booth53,..antara produk jualan ialah   
 
First Malaysian halal cheeeez, (keju Malaysia-TJA cheese),
Muslim Daily Cookies(Noraini's cookies)
Halal Laziz Marsmallow,
Majalah Solusi,
Kek Lapis Roll Sarawak

Alhamdulillah sambutan dan promosi menggalakkan terutama hari kedua karnival....rasa penuh kesyukuran padaNYA dan 
TERIMA KASIH yang tak terhingga pada para pengunjung semua, AJK karnival WMC(tahniah...percubaan pertama yang penuh dedikasi)....

99 RASA-BUNTING

Tuesday, July 6

..AURAT OHHH AURAT..

Aurat ohhhh aurat....sejauh manakah sebenarnya pemahaman kita mengenai aurat khusunya bagi wanita..... Isu mengenai aurat sering diperkatakan, untuk penjelasan lebih panjang lebar berikut adalah sumber dari laman web zaharuddin.net (ust Zaharuddin kini sedang menyambung PHD di UK)...
 
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 
  
                 untuk lebih panjang lebat sila ke laman sesawang beliau di zaharuddin.net

 

Sunday, July 4

..ANAK ANGKAT..


Berkenaan Hubungan

Ibu Susu & Status Anak Angkat

a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?

b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?

c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak susuan?

d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu, bagaimanakah kedudukan anak tersebut?

Kiriman Hayati, KL

Jawapan

a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.

Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu  ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk  Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104). 
Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-


  • i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.


  • ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.


  • iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.


  • iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.

b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.
Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :
Ertinya  :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)
Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"
Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.
Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan Mahram.

c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya. 
 
d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan. Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat  yang sebenar dapat diketahui
Sekian

web Ust Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, July 1

HANTARAN SIREH JUNJUNG

Hantaran menggunakan sireh junjung/tepak sirih sudah menjadi terlalu sinonim dalam masyrakat melayu....Sedar tak sedar Rupa-rupanya amalan ini adalah Haram! ...Maklumat mengenai pengharaman ni diperoleh daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Beliau memberi alasan bahawa bagi sireh ni budaya Hindu,,,. Agama Samyvellu....
Amat besarlah harapan lepas ni sama2 kita sampaikan kepada yang belum mengetahui mengenai perkara ini...


 Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua dalam melaksanakan syariat ISLAM yang sebenar... Amin..
Menurut ustaz Azhar kalau bakal pasangan tu memang betul2 jenis makan sireh sebagai makanan ruji, memang tak makan nasi, harus la kalau nak jadikan sebagai hantaran Orang zaman dahulu, kalau nak bagi sireh , sebab akan ada yang memakannya, orang zaman sekarang ada  ke yang  makan sireh?? warga tua pun sudah jarang-jarang makan sireh..pembaziran kat situ kalau bagi sireh pun..LEBIH AFDHAL digantikan dengan makanan lain, seperti yang banyak pilihan tersedia sekarang ini....wallahua'lam..
 

Blog Template by YummyLolly.com