Friday, November 19

Ahlan adha mubarak 2010

inilah book cake..jemput semua :)

Sesungguhnya bulan Zulhijjah penuh dengan ruh jihad mengajar umat Islam untuk berkorban, taat dan bersabar. Kisah Nabi Ibrahim a.s., Siti Hajar, Sarah dan Nabi Ismail menjadi ibrah yang besar kepada kita semua yang mahu mengambil pelajaran.
Kisah dan keteladanan nabi Ibrahim a.s. memberikan pelajaran yang sangat mendalam kepada kita bahawa pengorbanan akan melahirkan keberkatan. Nabi Ibrahim a.s. menjadi orang yang paling dicintai Allah, khalilullah, imam, abul anbiya (bapa para nabi), hanif, sebutan yang baik, kekayaan harta yang melimpah ruah, dan banyak lagi. Hanya dengan pengorbananlah kita meraih keberkatan.
Apabila kita bertanyakan pada diri kita semua, pada saat ini sudah segigih mana kita umat Islam berkorban untuk umatnya. Hakikatnya pengorbanan akan memberikan keberkatan bagi kehidupan kita, keluarga kita dan umat Islam. Pengorbanan akan melahirkan peradaban besar. Kisah para pahlawan yang berkorban telah membuktikannya; Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya – Ismail, Ishaq, Siti Sarah dan Hajar; Muhammad SAW dan keluarga baginda – Siti Khadijah, ‘Aisyah, Fatimah, dan lain-lain.
Begitu juga para sahabat yang mulia; Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, dan lain-lain. Para pemimpin setelah sahabat, tabiin, dan tabi tabiin; Umar bin Abdul Aziz, Hasan Al-Basri, Muhammad bin Mubarak, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafi’i, dan Imam Ahmad. Tidak ketinggalan para pahlawan dari generasi moden juga telah mencontohkan kepada kita. Mereka di antaranya Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yasin dan ramai lagi. Dan kita yakin akan terus muncul lagi pahlawan-pahlawan baru yang siap berkorban demi kemuliaan Islam dan umatnya. Sesungguhnya, bumi yang disirami oleh pengorbanan para nabi, darah syuhada, pada dai yang ikhlas dan tinta ulama adalah bumi yang diberkati.

Zulhijjah akan berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan dan juga bulan-bulan yang lain. Peluang demi peluang Allah berikan untuk kita nikmati rahmat dan nikmatNya juga Rahman dan Rahimnya Allah. Moga Zulhijjah kali ini membawa pengertian yang lebih mendalam bagi setiap kita. Penghayatan yang lebih hakiki dan ikhlas demi melahirkan tindakan dan perlakuan yang seiring dengan apa yang telintas di hati. Harapan agar baki usia yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin demi memastikan tempat yang indah di 'sana' nanti.

sumber petikan:  haluan.org


 

Tuesday, November 2

..MALAYSIAN CHEESE... garlic cheese/keju bawang putih

Inilah rupa garlic cheese.... boleh terus dimakan dengan roti or nak sagat and then bake dalam oven/microwave pun boleh...memand sedaaaaaaaap..alhamdulillah..

 ini pula SMOKE frankfurter ..ada cheese in frank...terasa cheeznya pasti anda menjilat jari (sunnah Nabi SAW pun kan) ..nyuum..

Plain frankfurter- ada cheez jg


 

Blog Template by YummyLolly.com