bismillah

Monday, March 22

Bercinta Sampai Ke Syurgaaa...

Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya...Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri - menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!

Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga…bacalah buku ini.

Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

sumber: galeri ilmu sdn bhd

Sunday, March 21

Aku terima nikahnya......


Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.


sumber: galeri ilmu sdn bhd


KLIBF 2010



Berkunjung ke PESTA BUKU ANTARABNGSA 2010...rambang mata dibuatnya.......ramai sungguh penulis-penulis berbakat yg mempunyai gaya penulisan tersendiri...... berbaloi-baloi ilmu yg diperoleh...... selamat menjamu mata dan hati...








Saturday, March 6

"ANUGERAH MAULIDUR RASUL MPSJ 1431H"


Salam ... "Kira-kira 1000 penduduk menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat MPSJ dan JKP(jawatankuasa penduduk) Zon 20 Sri Serdang di Stadium Tertutup MPSJ, baru-baru ini...".petikan dari berita harian tarikh 5 Mac 2010, jumaat bersamaan 19 rabiul awal 1431H..... dan Alhamdulillah suamiku Syari Jamian mendapat anugerah Tokoh Maaal Hijrah Maulidur Rasul peringkat MPSJ atas pembabitannya dalam aktiviti kemasyarakatan.......... apa pun sebenarnya bukanlah anugerah ini yang didambakan tetapi Insya Allah sebagai momentum untuk terus lebih cemerlang pada agama, keluarga, bangsa, negara...... semuanya adalah kurniaan ILAHI...kerana DIA lah pemilik segala kerajaan di langit dan bumi.....
Buat suamiku....semoga terus menjadi suami dan bapa cemerlang dunia akhirat..


 

Blog Template by YummyLolly.com