bismillah

Monday, September 3

PERKONGSIAN TIPS AMALAN SUAMI DAN IBU MENGANDUNG

Perkongsian ilmu dari Blog UstazNoramin


Salam kepada semua, saya hendak berkongsi sedik maklumat dengan anda semua. Isteri saya sedang mengandung 7 bulan dan tidak lama lagi akan memperolehi anak yang pertama. Mula-mula berdebar juga nak dapat anak ini, tapi difikirkan takdir dan ini adalah rezeki, saya bersyukur dan redho dengan ketentuan ilahi. Cahaya mata dalam rumahtangga sangat penting, kerana cahaya mata ini mampu menceriakan rumahtangga. Tetapi janganlah dilupakan tanggungjawab yang sebenarnya untuk mendidik anak, kalau tersalah didik nanti anak tersebut tidak jadi manusia, kalau betul didikan kita anak tersebut akan memudahkan kita dihari perhitungan nanti. Mula-mula tahu isteri saya mengandung, rasa risau dan takut difikirkan tanggungjawab untuk mendidik anak. Takut pendidikannya agamanya diabaikan, takut dia terpengaruh dengan masalah sosial dan sebagainya. Bila difikirkan, Islam adalah agama yang terbaik untuk mendidik manusia, jadi saya ambil kaedah yang saya ketahui untuk diamalkan dengan isteri dengan tawakal kepada Allah. Kaedah yang kami amalkan untuk mentarbiah janin kami ialah :
  1. Isteri dan saya sering membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib, kami berhasrat untuk khatam 30 juzuk sebelum bersalin. Kadang-kadang dia membaca surah Yusuf, Mariam, Yassin, Luqman dan At-Taubah. Waktu-waktu lain, kami pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, ketika bersantai di rumah, ketika melakukan kerja rumah dan sebagainya. Tujuan kami lakukan begini adalah untuk mentarbiah janin kami sering mendengar ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berfaedah.
  2.  
  3. Saya dan isteri sering berdoa kepada Allah swt selepas solat dan waktu-waktu tertentu, supaya anak yang akan dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

  4. Saya dan isteri sering solat berjamaah bersama untuk mewujudkan suasana berjamaah dalam rumah tangga. Ini adalah untuk memperolehi pahala berjamaah dan untuk mewujudkan suasana agama dalam rumahtangga kami, secara tidak langsung dapat mentarbiah janin secara agama.
  5.  
  6. Elakkan dari rezeki yang haram. dapatkanlah rezeki daripada sumber yang halal, agar benih yang akan dilahirkan nanti adalah daripada darah daging yang halal.

  7. Sentiasa membekalkan isteri dengan makanan yang berzat, proten, bersih dan makanan yang berkhasiat, kerana makanan yang baik sedikit sebanyak dapat membentuk janin atau kandungan dengan baik dan sempurna.

  8. Sering menitik beratkan soal kebersihan, kerana ia menjamin kesihatan janin. Islam menitik beratkan faktor kesihatan, kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

  9. Sebagai suami perlu dan wajib memahami isteri dan sentiasa bersama isteri ketika mengandung. Suami juga perlu memberikan dorongan, kekuatan dan motivasi untuk isterinya menempuh segala dugaan dan kesulitan yang dialami semasa mengandung. Elakkan isteri kecewa dengan suami, kerana apabila isteri kecewa kadungannya akan bercampur dengan air najis atau toksik dan akan dimakan oleh janinnya. Sebab itulah kita susah untuk membentuk peribadi anak.
  10.  
  11. Saya bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam dan madu asli. Ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk otak janin. Makanan sunnah sangat baik untuk diamalkan dan sangat baik untuk kandungan. Saya juga sering bekalkan isteri saya dengan air 30 juzuk produk Tok Guru (bukan kempen produk), air Yassin dengan harapan atau tawakal supaya anak dibentuk dengan makanan dan air yang baik dan air-air yang dibaca ayat Al-Quran.
Seperti biasa, kalau kawan-kawan semua ada pandangan atau perkongsian bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan. Setiap perkongsian sangat bermakna untuk saya dan semua dalam rangka untuk mencari redho ilahi.
 

Blog Template by YummyLolly.com