bismillah

Sunday, December 18

,,,Tercekik tulang..part 1


Berkunjung ke rumah seorang sahabat ibuku kami disantap dengan hidangan yang enak-enak...alhamdulillah...
dengan ikan kerapu kukus, tempoyak, sayuran yang menyegarkan...subhanallah sedapnya ,... Nazhan and muwaffaq pun nampak berselera tetapi tidak lama selepas itu mereka berebut sesuatu.....tiba-tiba...

Thursday, October 6

Erti Sahabat Sebenar

Oleh: Haslinda Lukman


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).

Friday, September 9

Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh

dari laman web emjay

Ipar saya ini menerima menantu seorang ustaz yang mengajar di Miri yang mengahwini anak sulungnya seorang doktor yang menuntut di Dublin Ireland. Doktor ini sedang melakukan housemanship juga di ireland.

Di dalam kesibukan melakukan pelbagai persediaan majlis pernikahannya, saya sempat bersembang sebentar dengan doktor muda ini. Perbualan kami ini berpunca kerana doktor ini melihat  kipas di dalam bilik yang  didiami  keluarga saya berputar dengan amat perlahan sekali .  Doktor muda ini berusaha memasang wire extension  di bilik kami  untuk memasang satu lagi kipas kerana menyangka kipas syiling dibilik saya telah rosak kerana tidak berputar laju.

Bertitik tolak dari sini, berlakulah perbualan antara kami. Saya bertanya kepada doktor ini mengapa perlu di pasang wire extension.

"Kipas syiling tu rosak, tak boleh pusing laju, ni nak pasang kipas satu lagi". Jelas doktor.
"Kipas syiling ni tidak rosak cuma saya yang perlahankan kelajuannya". Jawap saya.
"Ooooooo" jawab doktor malu kerana tidak bertanya lebih lanjut kepada saya sebelum memasang wire extension.
"Di rumah ni semua kipas terpasang laju", doktor memberikan penjelasan.

Daripada perbualan lanjut kami berdua, doktor menjelaskan lebih lanjut bahawa dia pernah mengalami penyakit lelah semput tetapi penyakit tersebut kini telah pulih secara sendiri. Penyakit ini di alami sejak kecil tetapi kini pulih dengan sendiri. Lalu saya bertanya "di Dublin sana, rumah engkau ada pasang kipas tak?"
"Rumah di sana sejuk jadi memang tiada kipas", jelas doktor
"Di Dublin sana engkau minum susu lembu tak?" soal saya menambah.
"Saya di sana memang minum susu segar hampir setiap hari" jawab doktor

Dari perbualan kami berdua ini sudah mencukupi untuk saya membuat rumusan. "Engkau dahulu kena penyakit lelah semput kerana tabiaat suka guna kipas paling laju. Ubatnya ialah mengelakkan kipas laju atau memperlahankan kelajuan kipas dan meminum susu. Engkau telah pulih dari penyakit ini kerana telah mengambil kedua-dua ubatnya".

Saya menambahkan ilmu ini lagi dengan menegur amalan doktor tidak membenarkan bayi meneruskan makanan formula bayi dari susu lembu kepada bayi yang bermasalah sukar bernafas lalu menukarkannya kepada makanan formula dari kacang soya. Amalan ini sebenarnya adalah hajat orang Yahudi yang tidak ingin melihat anak-anak kecil terus sihat. Kalau boleh di dunia ini hanya orang yahudi sahaja yang sihat dan bangsa lain lebih elok mati.

Amalan susu formula dari susu lembu akan terus mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan anak-anak secara semula jadi untuk membersihkan paru-paru dari segala bahan asing yang memasukinya seperti susu yang tersedak. Dengan menukar kepada susu formula kacang soya, sistem paru-paru dan pernafasan akan tidak mampu lagi untuk menolak keluar bahan asing seperti susu yang tersedak masuk ke paru-paru dan ini mengakibatkan kes yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan peneumonia yang akan menyebakan kerap demam dan kesan negatif lainya.

Untuk para pembaca membaca keterangan lebih lanjut berkenaan masalah yang diakibatkan oleh kipas yang berputar laju ini, bacalah artikel lalu saya bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143.

Sebagaimana yang saya kerap sebutkan, bukan semua ilmu kedoktoran moden yang boleh diguna pakai. Ada di antara ilmu kedoktoran ini sebenarnya adalah perangkap untuk menjadikan umat manusia semakin lemah dan kerap sakit antaranya ialah:

1. Bila anak kecil demam panas dibawa ke hospital, anak ini akan dimandikan dengan air batu. Elakkan amalan ini kerana amalan ini menyelesaikan satu masalah tetapi menyebabkan timbul masalah lain iaitu masalah berkaitan saraf yang lebih serius.

2. Bila anak kena sakit kuning, doktor jemur bawah lampu kalimantang. Elakkan amalan ini dan gantikan dengan jemur awal pagi dan lewat petang di bawah matahari. Boleh ditambah dengan memandikan bayi dengan air ubat kampung tertentu. Anak yang pernah kena jemur bawah lampu kalimantang akan mengalami penyakit lain apabila besar.

3. Anak yang kerosakan hati akan akhirnya dilakukan pemindahan hati. Elakkan amalan ini. Penyakit ini mudah dirawat secara tradisional. Cuma kena elakkan memakan makanan rapu. Pemindahan hati hanya menyediakan kesembuhan sementara kerana hati yang baru dipindahkan ini juga  akhirnya akan rosak kerana punca masalah ini ialah makan makanan rapu.

Sekali lagi saya rumuskan di sini bahawa amalan hidup kita termasuk cara permakanan harian mempengaruhi tahap kesihatan kita. Namun apakah sebenarnya faktor penting yang mempengaruhi tabiaat hidup dan amalan permakanan? Jawapannya ialah amalan agama seseorang. Seseorang yang mengamalkan amalan agama yang kurang lurus akan insyaAllah Allah susun suka tabiaat dan makan makanan yang merusak tubuh badan dimana akhirnya orang ini menerima penyakit. Orang yang amalan agamanya lurus insyaAllah akan disusun Allah tabiat dan suka makan makanan yang baik-baik dan akibatnya tubuh badannya lebih sihat.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Monday, August 8

penuh dengan warna warni...

"KEK LAPIS ROLL"



JIKA GAMBAR KURANG JELAS, SILA CLICK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
MAKLUMAN- kek lapis ini tidak menggunakan butter yang tidak halal

Sunday, August 7

Yang mana satu pilihan :)

 ...yang mana satu pilihan hati....:)

LONDON ALMOND- 
RM18.00 (ALMOND SEBIJI DI DALAM)


 SALJU PUTIH - RM16.00


 KOKO CRISPY-RM14.00


 SEMPERIT KLASIK- RM 14.00
(pinjam gambar dari mya...:)


 RM24/each
promosi- RM46/ 2 biji 

Sunday, July 31

HALWA HALWA RAMADHAN MUBARAK :)


Khazanah ilmu yang patut anda miliki..:)
solusi istimewa ISU BUMPER edisi 34

KUPASAN-KUPASAN MENARIK :
  • "Mood" hari raya menenggelamkan keberkatan Ramadhan?

  • Tentulah tidak beradab mengalu alukan tetamu yang di belakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan....             "....tetamu ramadhan....tetamu syawal..."....

  • Adakah kita tega utk berpuasa tanpa mendapat takwa?..Lalu layakkah kita berhari raya dengan tangan kosong?..

  • Proposal Ramadhan

  • Akrab dengan Quran

  • Berkat dalam berzakat

  • CHECK LIST Ramadhan

  • Manual Ramadhan (Do's and don'ts)

  • TIP khatam quran Sebulan Ramadhan

RM11 sahaja 
(tak tertanding dengan nilai mutiara mutiara ilmu di dalamnya....miliki sekarang .. )

AHLAN AHLAN RAMADHAN KAREEM RAMADHAN MUBARAK :)




SALAM RAMADHAN KAREEM....RAMADHAN YANG DIRINDUI :)

Sunday, April 10

CHOC....CHOCOLATE LAZIZ TORTE CAKE@indulgence cake..

CHOC..CHOCOLATE LAZIZ TORTE CAKE..





..jemput semua....halalan toyyiba chocolate laziz torte cake..

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Fadhilat dan kelebihan akikah: Anak2 menjadi pemberi syafaat di akhirat, anak berakhlak mulia dan sihat dengan kehendak Allah jua serta berkat usaha ibu bapanya

RISIKO MENINGGALKAN AKIKAH:Berkata ulamak, anak yang tidak diakikahkan; maka tidak dapat menjadi syafaatnya ibu bapanya diakhirat, berisiko untuk sakit zahir dan batin serta kurang akhlaknya.

sumber internet

Saturday, April 2

RAMA RAMA TERBANG MERATA..

"RAMA-RAMA"

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM! JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,
RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,
BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.


















Selamat bertunang buat AULA SAKILA.... moga masjid yang akan terbina sentiasa di dalam pandangan,rahmat dan keberkatan ALLAH Arhamarrohimin..

berminat untuk tempahan, jemput ke link di bawah ye..
http://pinkycottage.blogspot.com

Sunday, March 20

TATIH..TATIH...SOLAT..


Amat bermanfaat dalam memberi pedoman pada ibu/bapa/penjaga untuk memotivasikan anak-anak suka dan menyintai SOLAT... SOLAT...SOLAT... sebagai tiang agama, tiang kehidupan...

Friday, March 18

SYURGA RUMAHTANGGA


Majalah Solusi Edisi 29 Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Mac 2011).

Isu kali ini adalah "Mencipta Syurga Rumah Tangga).

Antara yang menarik adalah rahsia mewujudkan rumah tangga bahagia, public speaking atau cara berucap kepada umum, tips perniagaan, perihal merokok, perihal maksiat dari clubbing dan banyak lagi.
Price: RM9.00 

Tuesday, March 15

...cheeez...cheez brownies

Anda rasa teruja dengan kelazatan dan keenakan cheeez brownies meh ke link di bawah ye :)

Thursday, March 10

Dalam dilema



DILEMA UMAT ISLAM :
Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ISLAM melalui junjungan Nabi Besar Muhammad. s.a.w. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAL :
1.     Makanan itu mestilah HALAL lagi baik (HALAALAN THOYYIBA)
2.     Sumber dari mana makanan itu datang mestilah juga HALAL.
Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut kepada makanan yang diambil. Jika yang dimakan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia; dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai yang buruk yang dicela syarak.
Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, sabun, minyak dan sebagainya juga merupakan barang penggunaan utama pengguna ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL?

PRODUK YANG ANDA GUNA HARI INI!
Perlu anda ingat, kebanyakan kilang yang memperoses produk makanan atau lainnya bukanlah dari pengilang orang ISLAM meskipun mendapat sijil HALAL, namun persoalannya: “BERMULANYA KESUCIAN ITU ADALAH DARI TANGAN YANG SUCI YAKNI TANGAN YANG TELAH DISYAHADAH”. Yang dimakan itu bukan sahaja makanan dari tangan orang ISLAM tetapi juga RUH ISLAMnya itu yang diperlukan. Namun ada segelintir pengguna ISLAM yang menggunakan hukum “Dharurah” untuk menghalalkannya (bahasa mudah kerana nafsu mereka – yang penting kononnya ada tanda HALAL).

FAHAM ORANG BUKAN ISLAM
Orang bukan ISLAM sudah pasti tidak akan memahami apa itu “SUCI”? Pada mereka memadai dengan tidak memasuki babi atau arak dalam makanan itu sudah cukup untuk dinilai “SUCI”. Walhal sebelum datang ke kilang baru sebentar tadi mereka mengurut-ngurut anjing kesayangan mereka atau makan khinzir; dan tangan itu jugalah yang menguli tepung untuk buat roti atau biskut untuk dijual pada pengguna ISLAM!

PENILAIAN SUCI:
Oleh yang demikian penilaian suci itu tidaklah boleh diambil mudah oleh pengguna ISLAM kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan seseorang dari segi agamanya iaitu ketaatannya pada ALLAH dan Rasul-Nya. Sebab itulah hari ini ramai yang menjadi ISLAM di sisi manusia tapi kafir di sisi ALLAH kerana mengabaikan tuntutan syarak.

APAKAH KAITANNYA PRODUK HARAM DENGAN LEMAHNYA ORANG MUSLIM AKHIR-AKHIR INI?
§  Akibat dari banyak makan makanan yang tidak HALAL menjadikan orang-orang ISLAM cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat.
§  Kasihkan pembuat-pembuat produk HARAM kerana makan hasil tangan-tangan mereka sejak dari kecil hingga dewasa.
§  Hati menjadi semakin gelap dan sukar dididik.
§  Patuh dan cinta kepada maksiat lebih dari cintakan kebaikan dan akhirat.
§  Menjadi budaya menerima apa sahaja yang diberikan oleh orang-orang kafir tanpa memikirkan keburukannya akibat kepercayaan berlebihan hasil dari makanan yang diciptakan oleh mereka.
§  Hilang semangat berjuang untuk ISLAM kerana daging yang tumbuh dalam badan banyak terhasil dari makanan yang HARAM atau syubhat.
§  Sanggup dan taat kepada perjuangan musuh-musuh ALLAH kerana mereka mencipta makanan yang boleh mengubah minda dan mentaliti orang-orang ISLAM yang lalai dan ingkar dengan ALLAH dan Rasul-Nya.
TANGGUNGJAWAB ORANG-ORANG ISLAM.
§  Mempelajari bidang-bidang khusus dalam pemakanan dan pembuatan supaya menjadi pakar dalam menyediakan produk halal.
§  Menjadi usahawan dalam perusahaan produk-produk halal.
§  Mendidik orang-orang Islam tentang kesan dan akibatnya dari makan makanan yang tidak halal.
§  Menubuhkan pusat penjualan produk-produk halal dan berusaha menjauhi serta zuhud dari produk-produk haram.
§  Mempelajari dan mengetahui tentang bahan-bahan produk haram.

APA TUGAS ANDA?
Untuk memastikan ibadat anda diterima ALLAH anda hendaklah lebih ZUHUD (dr sudut tasawuf) dan teliti dalam memilih produk dan memastikan produk itu HALAL. Sokongan anda kepada produk keluaran pengilang ISLAM sangat-sangatlah dialu-alukan sebagai fardhu ‘ain.

dipetik dari muslimchoice

Tuesday, February 8

SEJAMBAK BUNGA CINTA



Rose Day on Feb 7,
Propose Day Feb 8,
Chocolate Day Feb 9,
Teddy Day Feb 10,
Promise Day Feb 11,
......Hug Day on Feb 11,
Kiss Day on Feb 13
Valentine Day on Feb 14.
 PANDANGAN ISLAM TENTANG VALENTINE
Dari uraian sejarah Valentine dan hubungannya dengan peradaban Barat saat ini dapat diringkas bahwa Valentine merupakan :
1) Ritual yang bersumber dari Kristen yang dikukuhkan oleh Paus Galasius untuk mengenang orang suci Kristen yaitu Santo Valentine dan Santo Marius.
2) Ritual orang-orang Romawi kuno yang pagan (penyembah berhala) untuk memperingati dewi Juno yaitu ratu dari segala dewa-dewi bagi perempuan dan perkawinan ( dewi cinta).
3) Ritual bangsa Eropa pada abad pertengahan untuk mencari jodoh.
4)Media Barat untuk mengkokohkan cengkraman peradaban Barat.

Dari keempat jatidiri Valentine tersebut, tidak satupun yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, alasannya :
Pertama, Valentine merupakan ritual keagamaan yaitu agama Kristen, sehingga Valentine merupakan ibadah bagi agama Kristen, bukti bahwa Valentine sebagai ritual agama Kristen adalah ritual Valentine tersebut dikukuhkan oleh seorang Paus yaitu Paus Galasius untuk memperingati dua orang yang diberi gelar orang suci oleh orang-orang Kristen. Bagi Muslim mengikuti Valentine tersebut adalah sama dengan mengikuti peribadatan orang Kristen, di samping itu ada bahaya yang lain yaitu sinkretisasi antara agama Islam dan Kristen, Allah I telah memerintahkan kita untuk tidak mencampuradukkan ajaran agama Islam dengan ajaran agama manapun termasuk Kristen :
Bagimu agamamu, bagiku agamaku. QS. 109:1-6
Kedua, Valentine untuk memperingati/memuja dewi Juno adalah ritual yang dilakukan oleh orang-orang romawi Kuno yang menyembah berhala/dewa, sehingga mengikuti ritual ini dapat bernilai kesyirikan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Romawi Kuno yang menyembah berhala.
Bezakan diri kalian dari orang-orang Musyrik. HR. Bukhari-Muslim
Ketiga, Valentine sebagai sarana untuk mencari jodoh oleh orang-orang Eropa, mereka bertahayul bahwa kasih sayang akan mulai bersemi pada tanggal 14 Februari, tahayul adalah salah satu bentuk kesyirikan, sehingga haram hukumnya bagi umat Islam untuk mengikutinya.
Keempat, Valentine sebagai media barat telah diakui daya rusaknya terhadap tatanan masyarakat timur apalagi Islam, mengiktui Valentine bukan saja sekedar pesta untuk menyatakan kasih sayang, tetapi juga pesta yang mau-tidak-mau harus mengikutkan budaya yang lainnya, pergaulan bebas, fashion, pakaian minim, ciuman antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya, hidup glamour, materialistisk, tari menari, mengumbar nafsu dan lain-lain.
Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, ia akan termasuk golongan mereka. HR. Ahmad

Tidak dapat dipungkiri lagi, Valentine adalah salah satu pintu masuk untuk menjadi sama dengan mereka.
Itulah jatidiri Valentine dan kedudukannya terhadap agama Islam, banyak para muda-mudi yang mengikuti Valentine hanya sekadar ikut-ikutan dan tidak mengetahui apa dan bagaimana Valentine yang sesungguhnya, mereka ikut hanya karena pernah melihat ada yang jualan kad valentine atau menerima kad valentine, atau karena pernah diajak temannya ikut acara Valentine, atau kerana pernah melihat propaganda Valentine di majalah-majalah, tv, film dan lain sebagainya, terhadap sikap para muda-mudi yang mengikut saja terhadap apa yang tidak diketahuinya, Allah SWT telah memberikan peringatan :

Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. QS. 17:36

sumber : lamanilmu2u.blogspot.com

Sunday, February 6

MUFFIN

Tempahan pie-adik ipar untuk door gift  majlis kenduri sebelah lelaki di kota tinggi pada 5 feb yang lepas, vanilla muffin, eggless chocolate muffin (tanpa telur sesuai mereka yang x suka telur or alahan telur)







BERMINAT UNTUK TEMPAHAN JEMPUT KE BLOG DI BAWAH YE

Monday, January 17

EEEE.... - part 1




Nazhan dan aksi sebelum take off

caak

Akhtar Muwaffaq asyik mengunyah ..nyuum..

Nazhan menikmati peanut and guava juice ..


Eeee tak tutup aurat..... sejurus kaki melangkah ke dalam flight MAS pulang dari bercuti di kelantan cuti sekolah yang lalu.. itulah  ayat pertama yang keluar dari mulut Muhammad Nazhan... Kami suami isteri saling berpandangan dan senyum gajah...(peribahasa sendiri ye :) ).... rupanya anak kecil ini sudah memahami aurat secara umum.... seorang wanita yang memakai skirt menjadi 'sasaran' Nazhan berkata demikian..... Pendidikan secara informal sebenarnya agak berkesan pada anak-anak kecil seperti Muhammad Nazhan.... yang buruk mahu yang baik senang di'absorb' bak span...... mereka terlalu peka sebenarnya....

Monday, January 10

WARNA WARNI KEHIDUPAN




 KEK 5 in 1- sempena hari lahir Nazhan, hubby, my mom, Akhtar Muwaffaq, and my anniversary.... :>

Salam to all....Sudah lama 99rasa ni x update... ada beberapa masalah teknikal yang melambatkan proses update.... Alhamdulillah lebih sebulan kita di tahun baru hijrah 1432 dan telah menempuh masuk  tahun masihi 2011..... pejam celik pejam celik cepat masa berlalu..... Subhanallah nikmat masa amat ternilai sebenarnya.... banyak sekali nikmat Yang Maha agung Maha Mencipta yang dikurniakan kepada kita..... bermula dengan kejadian kita sendiri dalam rahim suci si ibu dan kemudian lahir ke dunia........ hatta ketika saya sedang menulis post dalam blog ini juga terserlah kehebatanNYA...kenapa saya berkata sedemikian.... kerana aliran aliran darah yang mengalir ke seluruh badan, saraf yang berfungsi ketika sedang menaip, mata untuk melihat skrin, akal kurniaanNYA, tulang belakang sebagai penyokong badan kita tatkala sedang duduk... Subhanallah... tapi ada kala mungkin kita terlepas pandang dengan nikmat ini yang biasa kita rasai sampai tak terasa kehebatan nikmat ini... Semoga taufik dan hidayah Allah sentiasa bersama kita agar kita hidup bukan hanya nama Islam semata2... atau istilah nya Islam warisan semata mata... tapi juga dalam kehidupan sehari-harian berdasarkan hukum hakam yang telah ditetapkan MAHA PENCIPTA...... 

Ahmad Akhtar Muwaffaq and Muhammad Nazhan wif train cake :)...choo choo..
p/s: kalau perasan coret conteng conteng di skrin tv tu coz keluar iklan gambar ape-apelah


 

Blog Template by YummyLolly.com