bismillah

Thursday, March 10

Dalam dilema



DILEMA UMAT ISLAM :
Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ISLAM melalui junjungan Nabi Besar Muhammad. s.a.w. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAL :
1.     Makanan itu mestilah HALAL lagi baik (HALAALAN THOYYIBA)
2.     Sumber dari mana makanan itu datang mestilah juga HALAL.
Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut kepada makanan yang diambil. Jika yang dimakan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia; dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai yang buruk yang dicela syarak.
Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, sabun, minyak dan sebagainya juga merupakan barang penggunaan utama pengguna ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL?

PRODUK YANG ANDA GUNA HARI INI!
Perlu anda ingat, kebanyakan kilang yang memperoses produk makanan atau lainnya bukanlah dari pengilang orang ISLAM meskipun mendapat sijil HALAL, namun persoalannya: “BERMULANYA KESUCIAN ITU ADALAH DARI TANGAN YANG SUCI YAKNI TANGAN YANG TELAH DISYAHADAH”. Yang dimakan itu bukan sahaja makanan dari tangan orang ISLAM tetapi juga RUH ISLAMnya itu yang diperlukan. Namun ada segelintir pengguna ISLAM yang menggunakan hukum “Dharurah” untuk menghalalkannya (bahasa mudah kerana nafsu mereka – yang penting kononnya ada tanda HALAL).

FAHAM ORANG BUKAN ISLAM
Orang bukan ISLAM sudah pasti tidak akan memahami apa itu “SUCI”? Pada mereka memadai dengan tidak memasuki babi atau arak dalam makanan itu sudah cukup untuk dinilai “SUCI”. Walhal sebelum datang ke kilang baru sebentar tadi mereka mengurut-ngurut anjing kesayangan mereka atau makan khinzir; dan tangan itu jugalah yang menguli tepung untuk buat roti atau biskut untuk dijual pada pengguna ISLAM!

PENILAIAN SUCI:
Oleh yang demikian penilaian suci itu tidaklah boleh diambil mudah oleh pengguna ISLAM kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan seseorang dari segi agamanya iaitu ketaatannya pada ALLAH dan Rasul-Nya. Sebab itulah hari ini ramai yang menjadi ISLAM di sisi manusia tapi kafir di sisi ALLAH kerana mengabaikan tuntutan syarak.

APAKAH KAITANNYA PRODUK HARAM DENGAN LEMAHNYA ORANG MUSLIM AKHIR-AKHIR INI?
§  Akibat dari banyak makan makanan yang tidak HALAL menjadikan orang-orang ISLAM cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat.
§  Kasihkan pembuat-pembuat produk HARAM kerana makan hasil tangan-tangan mereka sejak dari kecil hingga dewasa.
§  Hati menjadi semakin gelap dan sukar dididik.
§  Patuh dan cinta kepada maksiat lebih dari cintakan kebaikan dan akhirat.
§  Menjadi budaya menerima apa sahaja yang diberikan oleh orang-orang kafir tanpa memikirkan keburukannya akibat kepercayaan berlebihan hasil dari makanan yang diciptakan oleh mereka.
§  Hilang semangat berjuang untuk ISLAM kerana daging yang tumbuh dalam badan banyak terhasil dari makanan yang HARAM atau syubhat.
§  Sanggup dan taat kepada perjuangan musuh-musuh ALLAH kerana mereka mencipta makanan yang boleh mengubah minda dan mentaliti orang-orang ISLAM yang lalai dan ingkar dengan ALLAH dan Rasul-Nya.
TANGGUNGJAWAB ORANG-ORANG ISLAM.
§  Mempelajari bidang-bidang khusus dalam pemakanan dan pembuatan supaya menjadi pakar dalam menyediakan produk halal.
§  Menjadi usahawan dalam perusahaan produk-produk halal.
§  Mendidik orang-orang Islam tentang kesan dan akibatnya dari makan makanan yang tidak halal.
§  Menubuhkan pusat penjualan produk-produk halal dan berusaha menjauhi serta zuhud dari produk-produk haram.
§  Mempelajari dan mengetahui tentang bahan-bahan produk haram.

APA TUGAS ANDA?
Untuk memastikan ibadat anda diterima ALLAH anda hendaklah lebih ZUHUD (dr sudut tasawuf) dan teliti dalam memilih produk dan memastikan produk itu HALAL. Sokongan anda kepada produk keluaran pengilang ISLAM sangat-sangatlah dialu-alukan sebagai fardhu ‘ain.

dipetik dari muslimchoice

 

Blog Template by YummyLolly.com