bismillah

Friday, November 19

Ahlan adha mubarak 2010

inilah book cake..jemput semua :)

Sesungguhnya bulan Zulhijjah penuh dengan ruh jihad mengajar umat Islam untuk berkorban, taat dan bersabar. Kisah Nabi Ibrahim a.s., Siti Hajar, Sarah dan Nabi Ismail menjadi ibrah yang besar kepada kita semua yang mahu mengambil pelajaran.
Kisah dan keteladanan nabi Ibrahim a.s. memberikan pelajaran yang sangat mendalam kepada kita bahawa pengorbanan akan melahirkan keberkatan. Nabi Ibrahim a.s. menjadi orang yang paling dicintai Allah, khalilullah, imam, abul anbiya (bapa para nabi), hanif, sebutan yang baik, kekayaan harta yang melimpah ruah, dan banyak lagi. Hanya dengan pengorbananlah kita meraih keberkatan.
Apabila kita bertanyakan pada diri kita semua, pada saat ini sudah segigih mana kita umat Islam berkorban untuk umatnya. Hakikatnya pengorbanan akan memberikan keberkatan bagi kehidupan kita, keluarga kita dan umat Islam. Pengorbanan akan melahirkan peradaban besar. Kisah para pahlawan yang berkorban telah membuktikannya; Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya – Ismail, Ishaq, Siti Sarah dan Hajar; Muhammad SAW dan keluarga baginda – Siti Khadijah, ‘Aisyah, Fatimah, dan lain-lain.
Begitu juga para sahabat yang mulia; Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, dan lain-lain. Para pemimpin setelah sahabat, tabiin, dan tabi tabiin; Umar bin Abdul Aziz, Hasan Al-Basri, Muhammad bin Mubarak, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafi’i, dan Imam Ahmad. Tidak ketinggalan para pahlawan dari generasi moden juga telah mencontohkan kepada kita. Mereka di antaranya Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yasin dan ramai lagi. Dan kita yakin akan terus muncul lagi pahlawan-pahlawan baru yang siap berkorban demi kemuliaan Islam dan umatnya. Sesungguhnya, bumi yang disirami oleh pengorbanan para nabi, darah syuhada, pada dai yang ikhlas dan tinta ulama adalah bumi yang diberkati.

Zulhijjah akan berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan dan juga bulan-bulan yang lain. Peluang demi peluang Allah berikan untuk kita nikmati rahmat dan nikmatNya juga Rahman dan Rahimnya Allah. Moga Zulhijjah kali ini membawa pengertian yang lebih mendalam bagi setiap kita. Penghayatan yang lebih hakiki dan ikhlas demi melahirkan tindakan dan perlakuan yang seiring dengan apa yang telintas di hati. Harapan agar baki usia yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin demi memastikan tempat yang indah di 'sana' nanti.

sumber petikan:  haluan.org


 

Tuesday, November 2

..MALAYSIAN CHEESE... garlic cheese/keju bawang putih

Inilah rupa garlic cheese.... boleh terus dimakan dengan roti or nak sagat and then bake dalam oven/microwave pun boleh...memand sedaaaaaaaap..alhamdulillah..

 ini pula SMOKE frankfurter ..ada cheese in frank...terasa cheeznya pasti anda menjilat jari (sunnah Nabi SAW pun kan) ..nyuum..

Plain frankfurter- ada cheez jg


Sunday, October 31

TETAMU ALLAH..ALHAMDULILLAH

LABBAIKALLAHUMMALABBAIK....




Alhamdulilla my MIL, FIL and beloved grandma telah selamat menjadi tetamu ALLAH..(Hj Arshad, saya pinjam gambar ye)....tak dilupa juga kak Nazuwa dan abg Fuad...semoga semua para jemaah peroleh haji mabrur sebagai momentum/perubahan kepada kehidupan yang lebih bermakna selari dengan apa yang disyariatkan DIA yg MAHA ESA..MAHA HIDUP..MAHA MULIA...amiiiiin..

saat sebelum berangkat ke senai airport di rumah Kak Pon.-24 okt.
 abg lan n mak

 Dalam kereta...nazhan and abah

 mak and akhtar


kak Nazuwa saat akhir sebelum masuk...(kualiti gambar mmg x ok .....)- 30 okt

Monday, October 18

RECIPES

Antara resepi-resipi yang pernah di cuba....resipi lengkap akan attach kemudian.....
selamat menjamu selera..sila ye... :)

 CHOCOLATE ROLL BREAD




 APPLE BUN

 BLUEBERRY CREAM CHEESE TART 
(XL size- over bake so crack sikit...:)  )

CHEEZ CHOCOLATE CAKE

 RED BEAN BUN

CINNAMON BUN

CHEEZ MIX PIZZA

Sunday, October 10

TUDUNG MENYERUPAI BIARAWATI KRISTIAN

Isu tudung seperti bonggol unta mula tersebar luas dengan rancak pada tahun ini..2010...kira-kira pertengahan tahun........ada yang mungkin masih kabur-kabur penyebab yang menjadikan pemakaian tersebut adalah haram hukumnya....ada juga yg berpendapat yang penting pakai tudung kan menutup aurat ...iye benar tapi menutup aurat yang sebenarnya bukanlah hanya melindungi rambut dari dilihat semata-mata..perlu selari dengan apa yg ditetapkan oleh  Islam untuk muslimah khususnya......dan sekarang isu pemakaian tudung yang menampakkan seperti biarawati kristian ! ..NAUZUBILLAH.....kekadang kita mungkin tak perasan dengan senario seperti ini berlaku pada diri kita sendiri...percayalah syariat Islam bukan untuk menyusahkan wanita tapi kerana menyayangi jati diri muslimah agar sentiasa terpelihara.....




Wednesday, October 6

SANAH HILWAH TO MY HUBBY

 6 Oktober 2010 hari lahir my hubby...
Alhamdulillah.... terima kasih Ya Allah atas pemberian nikmat umur pada kami...
...Post ni agak terlewat sebenarnya :)..
Khamis malam after Isyak ke Rimba Klasiik di bangi...jalan jalan cari santapan(edit sikit :)....).....
gambar di bawah tapi ada yg upload dari web enveuus.com ....camera klasik la so gambar pun klasik
......Rimba klasik ni tempat agak strategik..x jauh dgn petronas.... menu-menu makan malam tu x snap gambar memandangkan hampir 1 jam tunggu bila remind baru order datang..so mood pun dah bertukar ....x begitu gairah nk makan mcm masa mula2 datang.....itu la fitrah kita manusia yg lemah ni kan...
.heeerm...rasanya anda mesti pernah mengalami situasi seperti ini.....
apa pun Alhamdulillah setelah merasai santapan yang diorder sekian 'lama'...

Doa Selamat....

Dari Surah Al-Imran

“Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau membalik-balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berikanlah kepada kami RahmatMu. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi.” (A-li’ Imraan: 8)

“Wahai Tuham kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh seorang penolong pun.” (A-li’ Imraan: 191:192)

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskan daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.” (A-li’ Imraan: 193)

“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” (A-li’-Imraan:194) 
 




 

Friday, October 1

LOGO HALAL JAKIM & LUAR NEGARA

Isu logo halal seringkali menjadi paparan di media-media ... bagi kita sebagai muslim memang perlu kena prihatin dan sensitif dengan logo-logo halal yang tertera pada bungkusan makanan and minuman di pasaraya mahu pun yang ada di kedai-kedai runcit...... mungkin akan ada kata leceh la..isk..bnyk keje nk tengok lagi.......
takpela susah susah sedikit kat dunia..bersenang-senang di sana.....siapa tahu dengan kprihatinan kita yg nampaknya kecil di mata manusia tapi sebenarnya besar di sisiNYA... jom tengok logo-logo halal yang diiktira setakat ini..






Wednesday, September 29

Keluargaku Sayang: Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...

Puisi ini di copy dari kakchik's blog..tq ye kak chik :)

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
"Apakah keistimewaan perempuan ini?”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yg solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

p/s: puisi ini adalah perkongsian dari beberapa orang teman di FB.

Monday, September 27

FIDYAH PUASA WANITA


Soalan
PADA bulan Ramadan lalu, isteri saya hamil lapan bulan tetapi dia tidak lagi lengkap mengqada puasanya yang lepas.
Jika dia tidak mampu untuk mengqadakan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqada puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)?
Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.

Jawapan
Jawapan bagi masalah yang pertama, boleh, Islam adalah agama yang penuh kerahmatan Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan sesuatu kefarduan yang hambanya sendiri tidak mampu melakukannya.
Dalam persoalan saudara, sekiranya isteri saudara tidak dapat melangsaikan puasa yang tertinggal pada tahun ini. Maka selepas Ramadan dia perlu qada dan membayar fidyah satu cupak bagi setiap hari yang lepas.
Alasannya, Allah SWT memberi kelonggaran bagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak sekiranya dikhuatiri susu kering atau mendatangkan mudarat kepada anak maka si ibu boleh berbuka. Syaratnya, ganti puasa bersama membayar fidyah.

Jika si ibu khuatir akan keselamatan atau kesejahteraannya lalu berbuka puasa maka dia hendaklah mengqadakan puasa yang tertinggal tanpa membayar fidyah.
Seperkara yang harus diketahui, sekiranya bulan Ramadan yang Allah SWT fardukan puasa memberi keizinan untuk berbuka puasa bagi mereka yang ada keuzuran syarie apatah lagi di bulan bukan Ramadan.
Maksudnya jika isteri saudara gagal menggantikan puasa sebelum Ramadan kerana khuatir keselamatan bayinya maka dia boleh menangguhkan qadanya selepas dia bersalin.
Selepas ini janganlah tangguh qada puasa sampai Ramadhan 1432 hijrah pula. Memang betul Allah beri hambanya peluang dengan memberi kelonggaran (rukhsah) beribadat dalam keadaan yang sihat dan sejahtera, oleh itu janganlah hendaknya kita mengambil peluang dengan mencipta bermacam alasan.
Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhsah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Daripada Anas bin Malik al-Ka'biy r.a sabda baginda yang bermaksud: "Kuda Rasulullah SAW telah datang kepada kami, lalu aku pun datang bertemu Rasulullah saw, dan aku temui baginda sedang makan. Baginda bersabda: "Hampirlah ke sini dan makanlah" Aku berkata, "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" Maka baginda bersabda: "Dekatkan diri kamu ke sini, aku akan memberitahu kamu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah SWT telah menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah iaitu memberi kelonggaran) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajipan berpuasa. Demi Allah, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi SAW. (Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasaie (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagai mana pernyataan at-Tirmidzi).
Berpandukan hadis di atas, jelas baginda selaku pembawa syariat dan pengasasnya memaklumkan bahawa wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan bayi boleh berbuka puasa dan menggantikannya pada hari-hari lain.
Keringanan dalam hadis ini adalah bagi mereka yang ada keperluan untuk meninggalkan puasa. Jika ada yang mahu terus berpuasa walaupun di dalam Islam Allah SWT mahukan hambanya atau penganut agamanya ini benar-benar faham falsafah ibadah dengan melaksanakan ibadat sebagai jambatan menghubung hamba dan pencipta untuk mencapai keredaan Allah.
Oleh itu Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan suatu ibadat yang sukar untuk dilakukan. Walaupun pada akal manusia pasti akan berkata apalah susah sangat nak berpuasa, tahan makan minum dari terbit fajar (masuk waktu subuh) sampailah (tenggelam matahari) waktu maghrib.
Walaupun nampak mudah ada di sana individu-individu diberi kelonggaran menangguhkan puasanya dan berpuasa pada hari yang tiada halangan syarie untuknya dari berpuasa.
Antaranya, orang bermusafir melebihi dua marhalah, ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, orang tua yang uzur dan keadaan-keadaan yang diizinkan syarak.
Diizinkan berbuka puasa bagi wanita yang menyusukan bayi kerana ia boleh membawa si ibu kepada keadaan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Mungkin juga akan akan ada kesan-kesan yang lain antaranya seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk yang berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat keadaan sebegini, maka dibenarkan berbuka.
Kekurangan susu pula adalah akibat daripada dehidrasi yang teruk. Namun, ada beberapa kajian menunjukkan puasa Ramadan tidak membawa kepada dehidrasi bagi ibu yang menyusukan anak. Kecuali jika si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak minum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.
Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi.
Dalam banyak keadaan, kerisauan ibu yang takut letih dan kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa.

sumber : utusan by Ustz Farid Ravi

Friday, September 10

EID MUBARAK 1431 H@10 SEPTEMBER 2010


Friday, September 3

HALAL LAZIZ MARSHMALLOW

Halal laziz marshmallow

(-malaysian muslim product
-gelatin halal di import dari pakistan)

RM10.00





Wednesday, September 1

SANAH HILWAH MY BOY MUHAMMAD NAZHAN

Segala Puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat.....hari ni genaplah anakku Muhammad Nazhan berusia 3 tahun....cepat masa berlalu....alhamdulillah..semoga menjadi seorang 'protaz' kelak..amiin



"YA ALLAH KURNIAKAN KAMI SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAN SEBAGAI PENYEJUK HATI KAMI"...AMIIN


p/s = pinjam gambar kek previous year..oleh kerana tarikh lahir nazhan dekat dengan tarikh lahir yangti...so kek postponed tgu semua balik...mak ngah@tante nis bile nak baliknye....

 NAZHAN 2 YR


 NAZHAN N UPIN IPIN- BEFORE DECO

 NAZHAN N WONDER PET

 CERIITE SEDIH...KEK PECAH PUNYA NAK CEPAT BAWA PRANGG.....HABIS X DAPAT DECO CANTIK2..BUKAN RUPA KEK DAH...
tanya kat nazhan suka....senyum sambil colet krim dan masuk mulut....

NAZHAN FOOT BALL CAKE

 CLOWN CAKE

 NASI TUMPENG


FAWWAZ(depan) AND NAZHAN- MS 1 YR


 

Blog Template by YummyLolly.com