bismillah

Monday, September 3

PERKONGSIAN TIPS AMALAN SUAMI DAN IBU MENGANDUNG

Perkongsian ilmu dari Blog UstazNoramin


Salam kepada semua, saya hendak berkongsi sedik maklumat dengan anda semua. Isteri saya sedang mengandung 7 bulan dan tidak lama lagi akan memperolehi anak yang pertama. Mula-mula berdebar juga nak dapat anak ini, tapi difikirkan takdir dan ini adalah rezeki, saya bersyukur dan redho dengan ketentuan ilahi. Cahaya mata dalam rumahtangga sangat penting, kerana cahaya mata ini mampu menceriakan rumahtangga. Tetapi janganlah dilupakan tanggungjawab yang sebenarnya untuk mendidik anak, kalau tersalah didik nanti anak tersebut tidak jadi manusia, kalau betul didikan kita anak tersebut akan memudahkan kita dihari perhitungan nanti. Mula-mula tahu isteri saya mengandung, rasa risau dan takut difikirkan tanggungjawab untuk mendidik anak. Takut pendidikannya agamanya diabaikan, takut dia terpengaruh dengan masalah sosial dan sebagainya. Bila difikirkan, Islam adalah agama yang terbaik untuk mendidik manusia, jadi saya ambil kaedah yang saya ketahui untuk diamalkan dengan isteri dengan tawakal kepada Allah. Kaedah yang kami amalkan untuk mentarbiah janin kami ialah :
  1. Isteri dan saya sering membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib, kami berhasrat untuk khatam 30 juzuk sebelum bersalin. Kadang-kadang dia membaca surah Yusuf, Mariam, Yassin, Luqman dan At-Taubah. Waktu-waktu lain, kami pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, ketika bersantai di rumah, ketika melakukan kerja rumah dan sebagainya. Tujuan kami lakukan begini adalah untuk mentarbiah janin kami sering mendengar ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berfaedah.
  2.  
  3. Saya dan isteri sering berdoa kepada Allah swt selepas solat dan waktu-waktu tertentu, supaya anak yang akan dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

  4. Saya dan isteri sering solat berjamaah bersama untuk mewujudkan suasana berjamaah dalam rumah tangga. Ini adalah untuk memperolehi pahala berjamaah dan untuk mewujudkan suasana agama dalam rumahtangga kami, secara tidak langsung dapat mentarbiah janin secara agama.
  5.  
  6. Elakkan dari rezeki yang haram. dapatkanlah rezeki daripada sumber yang halal, agar benih yang akan dilahirkan nanti adalah daripada darah daging yang halal.

  7. Sentiasa membekalkan isteri dengan makanan yang berzat, proten, bersih dan makanan yang berkhasiat, kerana makanan yang baik sedikit sebanyak dapat membentuk janin atau kandungan dengan baik dan sempurna.

  8. Sering menitik beratkan soal kebersihan, kerana ia menjamin kesihatan janin. Islam menitik beratkan faktor kesihatan, kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

  9. Sebagai suami perlu dan wajib memahami isteri dan sentiasa bersama isteri ketika mengandung. Suami juga perlu memberikan dorongan, kekuatan dan motivasi untuk isterinya menempuh segala dugaan dan kesulitan yang dialami semasa mengandung. Elakkan isteri kecewa dengan suami, kerana apabila isteri kecewa kadungannya akan bercampur dengan air najis atau toksik dan akan dimakan oleh janinnya. Sebab itulah kita susah untuk membentuk peribadi anak.
  10.  
  11. Saya bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam dan madu asli. Ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk otak janin. Makanan sunnah sangat baik untuk diamalkan dan sangat baik untuk kandungan. Saya juga sering bekalkan isteri saya dengan air 30 juzuk produk Tok Guru (bukan kempen produk), air Yassin dengan harapan atau tawakal supaya anak dibentuk dengan makanan dan air yang baik dan air-air yang dibaca ayat Al-Quran.
Seperti biasa, kalau kawan-kawan semua ada pandangan atau perkongsian bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan. Setiap perkongsian sangat bermakna untuk saya dan semua dalam rangka untuk mencari redho ilahi.

Friday, August 17

TERCEKIK TULANG- PART 2

....Sambungan dari siri yang lalu, sedang melayan kedua putera,,,tanpa disedari tiba - tiba tekak ku pakai dicucuk,,,rupanya tercekik tulang ikan,,,,, pelbagai usaha dilakukan tak juga terkeluar,,,, sambil itu usahakan juga dengan minum air zam zam,,, malam telah menjelma, , sambil hati berdoa agar tulang segera terlerai,,sambil tangan menekan butang 'dashboard', ,,alhamdulillah terjumpa ayat jika tercekik tulang ikan, rupanya ramai juga yang pernah mengalami keadaan ini memang rasa gusar dan tidak selesa bila keadaan ini berlaku, ,, apa rasanya?...rasa tidak selesa di tekak, MENYCUK terutama bila menelan air liur,,,, 

ketika bergelar mahasiswa pernah terjadi begini, sampai dr memberitahu jangan sampai terguris di rahang bahaya, kecut perut juga mendengar ketika itu, usaha dengan kepalan nasi dibuat beberapa kali tidak berjaya lalu dihentikan kuatir risiko kecederaan pada rahang,,, semalam telah berlalu,, siang pula menjelma ,,, suami membawa ku ke hospital tetapi pakar tiada saat itu, dalam hati tidak putus putus doa agar segera terlerai, mo memeriksa tekak ku dan mengatakan nampak merah bengkak tapi dr pakar tiada saat itu, kami diminta datang sebelah petang,,, 

ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, oleh kerana dari semalam tidak berapa lalu makan, perut sudah terasa lapar, sampai di persimpangan uniten, kajang, gerai gerai makanan banyak terdapat disitu, pisang goreng bewarna kuning yang baru digoreng menarik aroma untuk di makan, lantas terus,, ku beli pisang goreng hangat-hangat,,,, masuk di perut kereta,,,dalam hati boleh makan ke ni, sedangkan nak menelan pun terasa sakit tusukan tulang ikan,,,, dengan perlahan lahan ku cuba menelan air liur,,,ada rasa kelainan,,, ku telan lagi beberapa kali,,, alhamdulillah syukur pd Allah tusukan itu tiada lagi,,, alhamdulillah,,,,,alhamdulillah.... mengenai doa tercekik tulang ia adalah doa yang dibaca ketika solat tahajud,,

DOA TERCEKIK TULANG



Saturday, August 4

OHh...IC..

MAI JENGUK PETA NI....
:)


Allah amat menyayangi wanita dilengkapkan syariat yg perlu dipatuhi demi keselamatan dan maruah wanita terpelihara...Kenapa?...pasti ada hikmah yang tersembunyi...
Nilai syurga memang mahal... bayangkan masa renorvation rumah terpaksa menghadap habuk habak....debu dubu berterbangan...bunyi bising....itu rumah di dunia.... apatah lagi jalan jalan dan liku liku memburu ke syurga..wallahua'lam..

APAM MUNGIL..


APAM MUNGIL...
sangat mudah membuatnya..
search mr google for d recipe.. :)

 lambut bak span...


jadikan setiap hari hidangan yang sebagai menu barakah terutama dalam Ramadhan kareem.... :).. bak kata chef Ammar El Ali.. bukan hanya santapan perut... moga2 memberi kekuatan untuk kita meningkatkan santapan 'rohani'..itu yang sebaiknya...

Thursday, July 26

HIDANGAN BAROKAH..

SEMUA DIPENUHI ZIKIR DAN DOA UNTUK HIDANGAN BAROKAH.. JOM PRACTICE! .. :)

Hidangan yang halal, berkat Insya Allah akan melembutkan hati kita dalam melakukan ibadah serta ringan hati untuk patuh syariat yang bukan hanya merangkumi solat, puasa, zakat tapi juga dalam kehidupan seharian spt memilih produk yang halal, cara berpakaian, penjagaan aurat, buku/majalah yang dibaca, saluran tv yang ditonton bak kata Prof Muhaya .. dan lain2..

Wednesday, July 25

OH MUHRIM KU....




BATAS AURAT: SIAPAKAH MUHRIM??

Sambil menggaru kepala, Zeti mengibas kembali...dan berfikir... "Selama ni memang selalu bersalam...kalau jumpa kat kampung pun dia datang aku tak pakai tudung pun... kalau pakai macam pelik je selama ni dia datang aku tak kisah pun tudung ...sedare sendiri.....    keluar rumah ke shopping complex ke mana mana ke aku memang pakai tudung...... tapi ustaz dah banyak kali cerita.... azam ramadhan ni kena ada perubahan....bukan aku tahu mati bila...dok tangguh tangguh nak tutup aurat yg sebetulnya...Ya Allah bantulah diriku dan mereka yang sepertiku"....

 mungkin ramai yang menghadapi situasi begini... Mai kita tengok kupasan Surah An Nuur..

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 sesungguhnya::

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Oleh itu melalui ayat di atas jelas diterangkan siapakah yang tergolong dalam muhrim bg seorang wanita iaitu disenaraikan , bila muhrim maka aurat seperti berpakaian tutup aurat(tapi perlu sopan) dan tudung tidak ke atas muhrim muhrim ini:

1. suami
2. bapa
3. Bapa mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami (anak tiri)
6. saudara lelaki (adik beradik lelaki)
7.Anak dari saudara lelaki atau saudara wanita (anak saudara/anak buah- maksudnya anak dari adik beradik)
8. hamba yang dimiliki (zaman skrang tiada lg.)
9. Pembantu (lelaki yg tdak mmpunyai keinginan thadap wnita iaitu lelaki yg lmah akal, bingung, lelaki kasim(alat sulit dpotong) dan yg tdak mmpunyai syawat pd wanita)
10. Anak-anak (atau kanak2 kecil yg belum mngerti tentang aurat wanita, ..iaitu anak yg tlalu kcil)
11.saudara lelaki susuan.
12.bapa saudara dari sebelah bapa mahupun ibu..


Kesilapan umum yg wanita selalu menyangkakan lelaki yg bkan muhrim sebagai muhrimnya kerana dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat kepada mereka iaitu:
1. sepupu lelaki
2. suami kepada ibu saudara
3. abg ipar
5. adik ipar
6. sahabat mara atau saudara mara yang kenal dr kecil, sekampung , dan seangkatan ...

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al A'raaf; Ayat 26

 sumber blog nurmawaddahmahdiyah


 



Pinky cottage promo..



untuk tempahan sila lawati blog di bawah...click ya..terima kaish...

Saturday, July 21

NOW EVERYONE CAN FLY




Sunday, April 1

..HALAL CHEEZZZ..


As salam to all..

Cheese lab masih dalam proses upgrade so no stock for any cheez...
Insya Allah by next month  ...tungguuu ya... :)

Sunday, December 18

,,,Tercekik tulang..part 1


Berkunjung ke rumah seorang sahabat ibuku kami disantap dengan hidangan yang enak-enak...alhamdulillah...
dengan ikan kerapu kukus, tempoyak, sayuran yang menyegarkan...subhanallah sedapnya ,... Nazhan and muwaffaq pun nampak berselera tetapi tidak lama selepas itu mereka berebut sesuatu.....tiba-tiba...

Thursday, October 6

Erti Sahabat Sebenar

Oleh: Haslinda Lukman


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).

 

Blog Template by YummyLolly.com